Mutiara Kata!!!!!!
3 posters
Page 1 of 5
Page 1 of 5 • 1, 2, 3, 4, 5
Mutiara Kata!!!!!!
sebagai renungan dan panduan kepada saya dan rakan2 dalam menempuhi perjalanan dalam kehidupan ini....
sape2 yg ade bleh la paste @ upload kan disini......
same2 la kita renungkan.......
insyaAllah, selamat dunia dan akhirat........
sape2 yg ade bleh la paste @ upload kan disini......
same2 la kita renungkan.......
insyaAllah, selamat dunia dan akhirat........
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:38 pm; edited 2 times in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:26 pm; edited 2 times in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan ...... Bukan pada manisnya ucapan di bibir... Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:27 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:27 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:28 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Barangsiapa yang memilih harta dan anak - anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:28 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam - jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana takutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:29 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:31 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Berani adalah sifat mulia kerana berada diantara pengecut dan membuta tuli.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:31 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:31 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada diantara bakhil dan boros.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:32 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Bersungguh - sungguhlah Engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:33 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah mesti di pelihara dan di pupuk, suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:34 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:35 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.
Last edited by Tan Sri Belalai on Tue Jun 03, 2008 11:36 pm; edited 1 time in total
Mutiara Kata Imam Al Ghazali
Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
Re: Mutiara Kata!!!!!!
Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih. --- Ibnu Maqaffa
Re: Mutiara Kata!!!!!!
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu. ---Imam Nawawi
Re: Mutiara Kata!!!!!!
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1) Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2) Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3) Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4) Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5) Al malul halal, atau harta yang halal
6) Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7) Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah

Dari Ibnu Qayyum :
Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya...
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat si hamba itu.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qada’ dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Kata Saiyidina Abu Bakar Assidiq r.a : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu :
1) Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2) Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3) Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4) Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Kata Saidina Umar Al-Khattab r.a
* Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
* Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
* Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
* Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Kata Saidina Uthman Bin Affan r.a, Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
1) Hatinya selalu berniat suci.
2) Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
3) Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
4) Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
5) Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah :
1) Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
2) Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3) Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pengajaran daripadanya.
4) Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
5) Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6) Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

Kemenangan & Kejayaan itu sedang menanti dihadapan kita. Walaupun tekanan semakin dahsyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pastikan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan. ----AL IMAM HASSAN AL BANNA
Page 1 of 5 • 1, 2, 3, 4, 5
Page 1 of 5
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum