Empayar Sejaya
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

+4
dinbute
afif
lias
hanif_a7x
8 posters

Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by hanif_a7x Thu Apr 17, 2008 12:30 am

aku kompius lorh ngan islam hadhari nih de owang kate btol de oawng kate betol.. so aku nak share ngan dak2 sejaya sume tentang islam hadhari nih.. kalo de pape info ke maklumat tentang islam hadhari nih gi tau la yerk
hanif_a7x
hanif_a7x

Number of posts : 29
Age : 34
Location : Shah Alam Seksyen 28
Registration date : 2008-04-12

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty not sure

Post by lias Thu Apr 17, 2008 10:43 am

Berikut adalah prinsip2 islam hadari:

Prinsip Islam Hadhari yang dimaksudkan adalah:-
* Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.
* Kerajaan adil dan beramanah.
* Rakyat berjiwa merdeka.
* Penguasaan ilmu pengetahuan.
* Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.
* Kehidupan berkualiti.
* Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
* Keutuhan budaya dan moral.
* Pemeliharaan alam semula jadi.
* Kekuatan pertahanan.

taken from http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=776&cmd=resetall

tetapi banyak yg boleh dpersoalkan. umpamanya:
"Kerajaan adil dan beramanah" - seperti pemerolehan tender kepada sesebuah syarikat ataupn sebuah organisasi sering dipersoalkan kerana dasar mereka tidak diperjelaskan dengan begitu teliti

"Rakyat berjiwa merdeka" - jikalau kita berjiwa merdeka kenapa perilaku media perndana masih di takuk lama?

"Kehidupan berkualiti" - berkualitikah kehidupan pd masa kini? dengan kenaikan harga barang serta peningkatan kadar jenayah, kurangnya efisiensi sistem pengangkutan etc.

"Keutuhan budaya dan moral" - utuhkah budaya moral? di laksanakankah? isu mat rempit, kes2 bayi dijumpai di tong sampah dan sebagainya

"Pemeliharaan alam semula jadi" - isu bukit gasing, isu kecurian pasir..masih lg dipersoalkan

betul atau tidak sy xbleh menjawabnya kerana sy bukanlah seorang penganalisa undang2 mahu pn politik mahu pn mufti negeri. Yang penting, pelbagai isu di dalam prinsip islam hadari masih di persoalkan dan kita sebagai rakyat mahukan jawapan, perubahan, kesaksamaan,kemajuan untuk negara kita sendiri.


p/s : on a personal note, kalo dikatakan "Islam" bukankah jeanne sepatutnya menutup kepalanya ketika membuat sidang akhbar dan sbgnya untuk menunjukan islam hadari t'sebut?
lias
lias

Number of posts : 286
Age : 38
Location : Kuala Lumpur - Tronoh - Kuantan
Registration date : 2008-04-09

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Hmmm...

Post by afif Thu Apr 17, 2008 7:56 pm

Actually aku pon x brapa pasti dengan konsep dan pelaksanaan Islam Had-hari ni. Aku rasa ada pro & cons nya. Misinya untuk menjadikan umat Islam berfikiran lebih terbuka, rasional dan pandang kedepan, tapi persoalannya perkara asas sebagai seorang Muslim tu x diketengahkan dan x ditunjuk@dipraktikkan oleh mereka yg mempromosikan Islam Hadhari ni. Orang kata, kepimpinan melalui tauladan. Jadi, macamana rakyat nak ikut kalau pemimpin mereka sendiri x menerapkan nilai & ciri keislaman tersebut samada dalam kehidupan seharian mahupun dalam modul pemerintahan mereka....em,just some view from me.
afif
afif

Number of posts : 54
Age : 38
Location : putrajaya/penang
Registration date : 2008-04-08

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by dinbute Thu Apr 17, 2008 11:25 pm

islam hadhari ke islam badawi ni??? king
dinbute
dinbute

Number of posts : 83
Age : 39
Location : segambut
Registration date : 2008-04-06

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by yus@yus skate Fri Apr 18, 2008 10:51 am

for ur info, i just read email from somebody which is discribed about Islam hadhari..regarding the issue, Mufti Perlis minta supaya ouyr government and old folk bertaubat..Islam hadhari dh jauh menyimpang.. This is what i got:

Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!
14-04-2008 04:06:13 PM
Oleh ZIEMAN
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.
"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.
Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.
"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.
"Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah."
Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang.
"Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana.
"Firman Allah: "Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)". (Surah al-Anfal: 33).
Kata Dr Asri, "Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu 'Islam Hadhari' ini. Ini adalah kewajipan saya."
Menurutnya, istilah atau jenama 'Islam Hadhari' itu menakutkan orang kampung.
"Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.'
Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas.
"Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.
"Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang 'Islam Hadhari' dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai," kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.
Katanya lagi, "Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.
"Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," kata Dr Asri.

#Bertaubatlah kita....Hidup bukan selamnya..
yus@yus skate
yus@yus skate

Number of posts : 774
Age : 39
Location : currently at Sarawak
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by afif Fri Apr 18, 2008 10:28 pm

Em risau plak aku dgn generasi baru yg ditanam dgn konsep Islam Hadhari nih, seolah-olah soal agama ni remeh-temeh dan boleh diambil mudah Mad Nway,asalkan kita sendiri tahu membezakan yg mana baik & yg mana buruk sudah. Xde kompromi dalam soal iman & islam ni. Aqidah adalah asas&tunggak utama, perkukuhkan yg itu dahulu, baru fiker yg lain....
Thanx to Lias&Yus 4 da info + reminder!!
afif
afif

Number of posts : 54
Age : 38
Location : putrajaya/penang
Registration date : 2008-04-08

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by biyanan Fri Apr 18, 2008 10:56 pm

juz my point:
tuk merialisasikn islam hadhari,rkyt prlu percaya dan sokng kpd pucuk pimpnan..
time zmn nabi muhammad s.a.w,sume percaya dan sokong beliau x kire ape yg b'laku..
juz my point,klu de slh n slap tlg tegur..
Cool
biyanan
biyanan

Number of posts : 211
Age : 34
Registration date : 2008-04-15

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by lias Sat Apr 19, 2008 10:42 am

tetapi adr persamaan dengan zaman dulu ngan zaman sekarang. pengikut menegur pemimpin. ms dulu pn kalo x silap sahabat pn adr menegur rasullullah jgk (correct me if i'm wrong) sb die pn manusia jgk. maka kita pn kene berfikir jgk mengenai tindakan pemimpin ms kini.
lias
lias

Number of posts : 286
Age : 38
Location : Kuala Lumpur - Tronoh - Kuantan
Registration date : 2008-04-09

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by biyanan Sat Apr 19, 2008 12:38 pm

2 s esti ar,mgkn sy x ckp ilmu di dada..
bkn ke nabi muhammad s.a.w yg menyatakan yg mne btol n slah?
so para sahabat x bleh menikaikn tindakan beliau..
mntx maap klu slap n guide 2 da right way
biyanan
biyanan

Number of posts : 211
Age : 34
Registration date : 2008-04-15

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty my opinion

Post by are_ghost8517@yahoo.com Sun Apr 20, 2008 4:06 am

pada aku la...aku xpaham kenapa konsep Islam Hadhari ni perlu diadakan...mungkin niat pak lah tu betul,mungkin niat di peringkat pemimpin tu betul....tp masalah ble sampai ke peringkat akar umbi...pelbagai tafsiran yg diberikan mengenai konsep ini sehingga ada yg mengatakan ia agama baru..kesimpulannyan konsep ini xdapat dinafikan adalah mengelirukan..bukankah Islam tu sudah lengkap,dengan Al-Quran dan Al-Sunnahnya...jadi,untuk apa konsep ini perlu diwujudkan??jika ingin menerapkan konsep budaya rohaniah ke dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia ,kenapa perkataan Islam mesti digunakan?ia menimbulkan kekeliruan...mungkin kita yang telah dilengkapi dengan ilmu2 agama dapat memahami konsep ini,iaitu ia bukan agama baru.tp bagaimana mrk yg kurang ilmu agamanya?konsep ini boleh memesongkan mrk jauh dr landasan sbnr...kita selalu dgr berita2 ajran2 sesat di Malaysia...byk org2 yg terlibat tu terdiri drpd org2 kaya,datuk2,vip2 yg cuba utk kembali ke pangkuan jalan,tp disebabkan kurangnya ilmu agama,mrk bgtu mudah keliru dan terpesong dr jalan sbnr....ini sepatutnya dijadikan cth betapa bhynya menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yg kekrgan ilmu di dada.....aku sbnrnya sgt bersetuju dgn prinsip2 dalam Islam Hadhari ni,tp pada aku penamaan nama 'konsep Islam Hadhari' adalah sgt tidak bersesuaian untuk digunakan..
are_ghost8517@yahoo.com
are_ghost8517@yahoo.com

Number of posts : 53
Age : 39
Location : currently kota kinabalu,sabah
Registration date : 2008-04-05

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by yus@yus skate Sun Apr 20, 2008 12:43 pm

saudara,

kija benar dikatakan Islam Hadhari itu lah jalan penyelesaian kpd apa yg berlaku hr ini?apa yg trjadi kepada Palastein?bagaimana sikap dn cara hidup pemimpin yg mengwarwarkan iSlam Hadhari?adakah isteri beliau menutup aurat?adakah dibenarkan bersalaman dengan wanita yg bukan muhrim?adkah rasuah dibenarkan dlm Islam?atau sekadar utk mendapatkan sokongan pihak tertentu ats kepentingan POLITIK?FIKIR-FIKIR KAN...
yus@yus skate
yus@yus skate

Number of posts : 774
Age : 39
Location : currently at Sarawak
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by fitri al-hakim Tue Apr 22, 2008 12:43 pm

rakan-rakan sekalian..
semua pendapat korang mmg ada btulnya...
baguih2 ank didik ust hamid nih..
pasal islam hadhari semua ada pendapat nk share..dan ada pandangan masing-masing..cuma satu je yg tiggal...tggal nk amal..
biarla pak lah senaraikan prinsip-prinsip islam hadhari dia 10 ke 20 ke 80 ke..tp kalo amal xde...xleh gak bai...
mcm saudara yus ckp pasal isu isteri pk lah xpakai tudung, bleh bersentuh2an bkn muhrim,apa lg..hiburan melampau...so dkt sini..mana praktikaliti islam hadhari tu...
kalo aku tanya semua apa maksud iman..semua org bleh jawab dan bleh rujuk buku teks agama masa skolah dulu2...dan maksud iman yg senang difaham:
"iman adalah percaya Allah(agama Allah;Islam,Muhammad SAW,rukun Islam,rukun Iman,dll) dengan membenarkan dengan hati, melafazkan dgn lidah dan melakukannya dgn perbuatan"...

so, di sini 2 part utk ikrar dlm hati dan lafaz dgn lidah ramai org bleh buat dan bile kita tanya org, ko beriman tak?..beriman..dgn mudah bleh dijawab..tp lgkap ke iman itu bile amal (perbuatan) masih belum memenuhi syarat maksud iman td..so..apa kaitan iman dgn islam hadhari?

kaitannya...mana mungkin sempurna agama bile xsempurna iman..iman setiap org mcm2 level.ada tinggi ada rendah..tp masalahnya skang bkn level tiggi rendah tp xsempurna..xlengkap..kalo kereta senang sket nk wat perumpamaan..kereta ada baru,ada lama,ada cardina,nissan skyline,ferrari,..ada jgk kancil...semua bleh bergerak bile ada tayar.walaupun berbeza harga,status..tayar tu kira rukun bg kereta utk kereta bergerak..macam tu la iman..kena jgk lgkapkn semua rukunnya...bru iman tu sempurna bergerak..baru kita bleh ckp pasal level iman td..

ada paham...dan bg islam hadhari..prinsip da bubuh..1st skali da mention takwa kpd Allah..satu prinsip ni da cukup...sama je prinsip ni dgn rukun iman.(rukun iman 6 perkara jgn lupa)...ha..buat la ikut yg islam da anjur sejak 1428 tahun yg lalu tu...susah apa nk pikir...macam aku ckp td tggal nk amal je...apa yg kt nmpak..amal tu yg xde..xyah la nk tgggu sape2 nk amal dulu..tp mula la dgn diri sendiri...insyaallah sempurna la iman kt..

buat islam hadhari...tggal nk praktikan kut...xkn pak lah xbleh slow2 atas katil pesan kt telinga jane...sok hang pakai la tudung..comey sket...bru islam hadhari...nmpak tak..islam hadir bila ada amal makruf nahi munkar....xpnah ada istilah amal makruf wa munkar..seperti yg diperjuangkan mereka2 yg mengamalkan liberal dlm islam..

last aku pesan..hati2 dgn islam liberal dan sekular....
fitri al-hakim
fitri al-hakim

Number of posts : 33
Age : 39
Location : jb-kl
Registration date : 2008-04-21

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by yus@yus skate Tue Apr 22, 2008 6:18 pm

ini hanya lah mainan Politik Semata. biarkan mereka menjawab di hadapan Allah kelak...
yus@yus skate
yus@yus skate

Number of posts : 774
Age : 39
Location : currently at Sarawak
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by fitri al-hakim Wed Apr 23, 2008 1:40 am

aku tgk hanif...yg post isu ni...post je....pastu ilang..mana lu bai..
abg2 yg lain ni sume smgat cite...
fitri al-hakim
fitri al-hakim

Number of posts : 33
Age : 39
Location : jb-kl
Registration date : 2008-04-21

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty sowy bro..

Post by hanif_a7x Sat Apr 26, 2008 4:45 pm

assalamualaikum sume.. sowy awr lame xon9.. sebok glew awr.. nih tgh final nih, baru jew pas exam pemikiran tamadun islam (CTU 151).. so die de tnye pasal islam hadhari just hentam je awr.. xbape pasti sgt ar tntng kebenaran islam hadhari nih.. tapi yg penting kiter pegang pada yg kite tau slame nih iaitu al-quran n as-sunnah kompem xkan sesatnye.. nabi kiter dah jamin kan.. heheehheh.. k sowy awr lame x on9..
hanif_a7x
hanif_a7x

Number of posts : 29
Age : 34
Location : Shah Alam Seksyen 28
Registration date : 2008-04-12

Back to top Go down

ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih??? Empty Re: ape pendapat kowang sume ngan islam hadhari nih???

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum